SSM BizCodEX merupakan satu perkhidmatan sistem carian kod bidang perniagaan yang bertujuan memudahkan pihak awam dalam mengenal pasti kod bidang perniagaan yang bersesuaian berdasarkan aktiviti perniagaan yang didaftarkan.
Perkhidmatan SSM BizCodEX boleh diakses melalui pautan https://ssm4u.com.my/BizcodEX .

SSM BizCodEX berfungsi untuk memadankan Kod Bidang Bekalan dan Perkhidmatan daripada MOF dan Kod Pengkhususan CIDB dengan Kod Piawaian Klasifikasi Industri Malaysia 2008 (MSIC 2008) Versi 1 yang digunakan sebagai standard klasifikasi ekonomi dalam pendaftaran entiti perniagaan di SSM.

SSM BizCodEX menawarkan tiga perkhidmatan carian iaitu:
1) Carian Melalui Kod Bidang dan Bekalan MOF;
2) Carian Melalui Kod Pengkhususan CIDB; dan
3) Carian Melalui Terma Umum Aktiviti Perniagaan.

Pembangunan platform SSM BizCodEX adalah kerjasama strategik antara pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), MOF, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

Perkhidmatan SSM BizCodEX telah dilancarkan pada 11 November 2024.

Tiada sebarang fi dikenakan bagi menggunakan perkhidmatan SSM BizCodEX

Perkhidmatan ini tersedia selama tujuh hari seminggu dan 24jam sehari.


Panduan Pengguna SSM BizCodEX

Manual Pengguna

Panduan lengkap pengunaan SSM BizCodEX.

Download PDF



Site B